Sebuah kolam yang dialirkan air dari anak
sungai kecil di belakang, menjadi tempat kami bercanda petang itu. Kami
sama-sama berlumuran dengan selut dan lumpur membina kolam tersebut. Dia
memberitahuku dia hendak memelihara ikan. Dia akan menangkapnya dari anak
sungai tidak jauh dari situ.
"Marr... kenapa comot sangat ni
?" Usiknya sambil menyapu lagi selut ke pipiku. Aku terjerit kecil dengan
usikannya. Aku mengambil sekempal selut lalu ku baling ke arahnya. Dia tidak
sempat mengelak dan lumpur tersebut mengenai pipinya. Dia menjerit kesakitan.
Mulanya aku rasa bersalah tapi dia ketawa sambil menerpa ke arahku dan akhirnya
kami sama-sama berguling di dalam kolam buatan tersebut.
"Max, kau pernah terfikir tak akan
alami suasana macam ni ? " Tanyaku sambil mengosok membersihkan lumpur
dari tubuhku.
"Tak. Sehayat hidupku, aku tak pernah
terfikir. Tapi aku tak sangka seronok juga hidup macam ni. Tanpa teknologi
canggih, membuat minda kita lebih berfikir untuk meneruskan kesinambungan
hidup." Dia merenungku sambil tangannya menyental lumpur di lengannya.
Kami tidak lagi mandi bersabun kerana
bekalan syampu dan sabun kecil telah habis.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan