Hujan
lebat hingga lewat malam. Aku masih belum tidur. Dia juga masih menambah kayu
ke dalam tempat pendiang api. Mujurlah rumah ini mempunyai tempat pendiang.
Seni bina rumah ini juga agak kebaratan. Selain pendiang api mini, terdapat
juga kolah mandi di setiap bilik air. Kesemua bilik air telah kami bersihkan.
Kami terpaksa bekerja keras untuk membersihkan rumah tersebut. Hanya
menggunakan air dan cebisan kain buruk dijadikan berus. Kolah kelihatan bersih
walaupun tidak berkilat. Untuk menanggalkan lumut, serbuk pencuci atau lebih
lagi clorox diperlukan. Tapi mustahil untuk mendapatkan bahan cuci sedemikian
di sini. Kami anggap rumah ini seperti rumah kami sendiri.
"Marr,
kau tak sejuk ke ?" Dia bertanya sambil melangkah menghampiriku. Tempat
tidur kami berdekatan dan dipisahkan oleh bangku dari boat.
"Sejuk
juga. Tapi kita mana ada selimut," balasku dan memeluk kakiku. Waupun api
dari pendiang masih menyala tapi kesejukan itu tetap terasa. Hujan di luar
masih lagi belum reda.
Hatiku
masih berdebar. Terbit juga kerisauan andainya kawasan ini banjir. Namun tiang
rumah yang tinggi tidaklah merisaukan aku sangat, kerana tiang konkrit ini agak
kukuh.
Lagipun
rumah ini terletak di atas tebing yang tinggi.
Aku
memandang ke arah api yang meliuk litup di tempat pendiang. Hanya cahaya dari
situ yang menerangi ruang ini.
"Max,
kau rasa mereka temui tak teman-teman kita yang lain ?" Tanyaku sambil
menongkat dagu dengan lutut. Kedua tangan aku silangkan di bawah lutut menahan
dari kesejukan.
"Entah.
Aku tak pasti tapi mereka semua sudah meninggal. Aku minta maaf sebab terpaksa
pentingkan diri sendiri. Kita yang hidup ni perlukan survive."
Dia
juga berkeadaan sepertiku. Tetapi dia hanya berseluar pendek dan berbaju lengan
panjang. Aku pula berbaju tebal dan berseluar panjang juga.
Aku
terangguk mendengar bicaranya. Max hanya kukenali pada hari pertama menaiki
bot. Aku diperkenalkan oleh Aqun, Max adalah sepupunya. Dia baru bercuti kerana
selama ini dia bekerja di luar negara. Dia juga agak kekok mulanya kerana
bahasanya yang agak pekat.
"Marr,
kau rasalah... kita sekarang berada di mana? Aneh di sini ada pulau dan juga
ada rumah. Tapi rumah ini sudah lama tidak diduduki."
"Aku
buta sikit pasal geografi ni. Aku tidak pasti adakah kita masih berada di
kawasan sempadan negara kita atau sudah hanyut ke tempat lain. Seminggu kita
hanyut dilautan hingga terdampar ke sini. Bagaikan ada sesuatu yang menarik
kita ke sini," tambahku pula. Aku terfikirkan hal ini semenjak beberapa
hari. Kenapa kami boleh hanyut ke sini. Disediakan rumah dan makanan walaupun
rumah yang usang dan makanan tumbuhan sahaja.
Allah
! Tuhan masih menyayangiku.
Kenapakah
di saat ini aku seakan alpa. Aku memang lalai.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan