Pejam celik, pejam celik... aku memangkah
lagi kelendar yang aku buat di sini. Aku menulis dibuku kecilku yang menjadi
diari tersimpan di dalam begku.
Sudah tiga bulan masa berlalu. Halaman yang
suram sudah semakin ceria. Max rajin masuk ke hutan. Dia menemui beberapa
spesis pokok bunga dan orkid lalu di bawa balik dan di tanam di halaman. Aku
rasa hatiku juga semakin ceria bila melihat rumah kami semakin selesa di
duduki. Max juga sudah pandai bertukang. Dia membina pelantar yang cantik di
bahagian halaman depan dan pokok bunga yang diambil di hutan di tanam dalam
pasu. Dia juga membina kerusi dan meja dari hasil hutan.
Semenjak tersesat di sini, aku tidak lagi
memetingkan kecantikan. Barang mekap dan solekan semua aku simpan ke dalam beg
yang kubawa semasa naik bot tempoh hari. Sekeliling rumah juga semakin terang
dan tidak bersemak lagi. Aku juga membantunya berkebun di sekeliling rumah. Dia
mulanya melarangku dari membantunya tapi aku tetap berdegil dan akhirnya kami
sama-sama bergerak bekerja untuk meneruskan kehidupan kami.
Suatu pagi aku membantunya menanam pokok
pisang di kebun belakang rumah. Sedang bekerja tiba-tiba perut terasa memulas.
Aku berlari balik ke rumah. Selesai menyelesaikan hajat aku kembali menuruni
tangga dapur yang tinggi untuk ke kebun belakang.
Tanpa disedari aku terpijak anak tangga
yang mereput. Tubuhku tergolek jatuh dari aras yang tinggi juga.
Nafasku rasa sesak. Pandanganku terasa
pitam. Gelap.
"Marr... please ..! Tolong bangun !
Tolong jangan tinggalkan aku. Bangun Marr. Aku tak sanggup tinggal sendirian
Marr..!"
Sayup-sayup aku terdengar suara raungan.
Aku cuba membuka menggerakan tubuhku tapi rasa memberat di dada.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan